RSS

just sharing

erm dh lame sungguh x update blog ni... kesibukan tugas menjadi hlangan untukku trus berkarya.. slame beberpa bulan x mem'blog' bnyk perkara yg berlaku...ada suka dan duka.. mklumlah hidup dperantauan...jauh dri keluarga..hnya suami dn kwn2 yg menjdi penawar pengubat rindu pd kluarga yg jauh..

skrg dh di penghujung Sya'ban...lg seminggu Ramdhan akn tiba...Rasa gembira menanti kedatangan Ramdhan tahun ni...tahun ni 1st time berpuasa, berbuka, berterawih dan bersahur bersama suami...wlaupun sudah 3thun berkhwin...moga Ramdhan kali ni lebih meriah dan bermakna...

Persediaan menghadapi Ramdahan:

1- dh habis ganti puasa Ramadhan tahun lepas
2- menjauhi perkara2 maksiat
3- jaga solat 5 waktu
4- latih diri bangun awal setiap hari..agar mudah bgun sahur dan bertenaga di siang hari
5- merancang aktiviti di Bulan puasa
6- merancang menggandakan ibadah sperti: bersedekah, mengaji, berterawih dan qiamullail
7- bercita-cita untuk menjadikan Ramdahan tahun ini lebih baik dari tahun lepas


beberapa tabiat pelik sebelum tiba Ramdhan:
1- makan mcm2 jenis mkanan seolah2 bile pose xbleh mkn sebulan
2- membeli stok2 makanan yg bnyk...
3- Bershopping- segalanya mau di tukar baru...langsir, set sofa,tv, kereta baru, rumah baru. kdg2 semua tu membebankan..nmun ada yg sggup berhutang...berhutang mmg di haruskan dlm Islam...bg tujuan membantu org yang susah...
4- berlumba2 mnempah kueh2 dan baju baru...
5- berebut2 nak berniaga..cri duit raya..tp solat di tinggalkan..

---Sharing Is Caring, Caring is Loving---

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Atoyai...

Atoyai...dah lama tak update blog ini. Maaf la, sepanjang bulan 3 dan bulan 4 ini agak sibuk la..Hm sedar tak sedar sudah nak sampai ke penghujung bulan 4. Secara ringkasnya apa yang berlaku dalam 2 bulan ini:

1. Masuk wad dan proses berpantang (tinggal sebulan jer lagi- tapi macam dah bedal sume)
2. Sang suami berpindah sekolah lagi.
3. Si isteri sibuk dalam menyalaras MTQ peringkat sekolah (sibuk membuat hamper pelajar)
4. Pindah rumah baru (rumah lama depan laut, panas macam sauna)
5. Suami sibuk mengurus pertandingan azan peringkat negeri (sampai demam)
6. Selesai buat soalan untuk peperiksaan pertengahan
7. Baru pulang dari sarawak, kursus SKM di sana
8. alhamdulillah, terlaksana kenduri tahlil di rumah baru
9. Sibuk buat asignment tugasan individu &study kursus induksi nanti(sempat lagi tulis entri ni)
10 Tak sabar tunggu cuti persekolahan ingin pulang ke kampung jumpa saudara mara

Sekitar gambar kejadian:

p/s- Boleh la nak buat tempahan hamper selepas ini..

(rumah baru ni besar, pakat ajak seluruh family datang sini)

----- Ni busy tengah buat tugasan individu, tolong-----

"terima kasih kepada ust zulhilmi sudi menjadi pemimpin tahlil"

---sekitar majlis pertandingan azan, tahniah yang menang dan yang kalah usaha lagi ye---

Sekian, jumpa lagi

---Sharing Is Caring, Caring is Loving---

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Perkahwinan PJJ

Entri ditulis oleh mosyahir


Assalamualaikum dan salam mahabah dari kami

Terlebih dahulu kami nak ucapkan selamat pengantin baru kepada kengkawan dan saudara mara yang telah melangsungkan pernikahan baru-baru ini. Maklumlah cuti sekolah merupakan hari yang sibuk dengan jemputan kenduri perkahwinan. Tidak lupa juga yang telah mengikatkan tali pertunangan dengan pasangan masing-masing. Sekalung tahniah kami ucapkan dan ribuan keampunan kerana tidak dapat hadir ke majlis kalian kerana kekangan yang tidak dapat dielakkan.. Afuan..

Sebenarnya terlintas di hati ini untuk mengajak kengkawan sume untuk berbincang mengenai tajuk entri kali ini. Memang tidak dapat lari la perkahwinan PJJ ini bagi kalangan kakitangan kerajaan amnya dan sektor pendidikan khususnya.. Maksud kata, sudah berkahwin tapi masih tidak dapat tinggal sebumbung bersama. Suami tinggal di utara, isteri tinggal di selatan atau lebih tragik lagi suami di semenanjung manakala isteri di sabah@sarawak.

Kadang-kadang bila fikir balik salah siapa ek...nak salah pasangan tersebut atau salahkan sistem yang sedia ada. Memang ada proses pertukaran yang dibuat, kekadang secara manual dan kekadang secara online. Tapi hakikatnya berapa peratus kejayaan @ kelulusan untuk berpindah itu berjaya??? Bila dipanjangkan hal ini ke putrajaya, alasan yang sama ja "tiada kekosongan tempat"..

Tapi....Tapi... ni yang best nak citer, kalau keluarga tersebut ada kenalan dengan orang-orang kenamaan..hm, senang jer luluskan...eh macam ner ek terjadi, tadi cakap tiada kekosongan..itulah sekarang zaman kabel mengabel ini... so kengkawan apa komen korang?

---Sharing Is Caring, Caring is Loving---

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berpantang!!!


Skang ni aq msih dalam pantang...kate org tua2 kna berpantang 3bulan...xboleh makan makanan yg bersifat sejuk dan panas2... dulu pernah gak tgok kakak2 dlm pantang..dorg mkan ikan bakar..lada hitam, n sume mkanan yg xda atau kurg minyak... makanan org berpantang pun x variety sgt...erm kdg2 smp hilang zat2, protein n vitamin yg di perlukan oleh badan...

kes aq ni plak..keliru n sgt confius la..mak aq di Kuantan ckp xleh makan makan halia, ikan bawal, ikan berduri coz "bisa", tkut trun darah..jgn makan bayam tkut sejuk dan sakit badan nnti...erm mak mertua aq di kedah plak habaq jgn makan segala jenis kubis, n suruh mkan ikan bawal, sayur bayam, banyakkan makan halia, buah oren sunquick supaya cepat sembuh... eh ada lg pesan ibu mertuaku...jgn minum air byak...skali minum ckup sgelas jer..knape yer??

tp ianya berlawanan ngan apa yg mak aq ckap....so setiap kali nak makan, abg akan call ibunya..tnya pendapat...aq xda la tolak cakap sape2...nk jg hati suami yg susah payah jg aq dlm pntang ni..kdg2 aq branikan jer makan benda2 yg di larang oleh mak n ibuku...tu pun time aq rasa teringin...sblum makan aq niatkan dlm hati..tp klu sakit tanggung sendri la..haha..agar apa yg aq makan ni tdak mendatangkan mudhorat pada ksihatan tubuhku ni...alhamdulillah so far ok lah..
kita kena yakin...slama berpantang dah hampir 2 mggu ni...aq terpikir2 gak...sebenarnya apa yg boleh dan x boleh???..coz..msa kt spital..dorg bg jer psakit kt wad bersalin tu makan Tembikai, ayam goreng, kubis... so di mana pantangnya? masih relevankan amalan berpantang (tradisional)yang diamalkan beratus tahun dahulu di dunia modern kini?

erm...bg golongan yg terpelajar mgkin boleh memikirkan yg terbaik kan??? yg penting jaga kesihatan kita...jgn abaikan zat2 yg badan kita perlukan...tp jgn pulak lansung tak berpantang...tkut buruk padahnya..nsihat org tua kita kena dengar..mana yg elok kita ikut..yg kita rasa xsetuju...kita diamkan saja..untuk mengelakkan parents kita kecik hati..btul x?


---Sharing Is Caring, Caring is Loving--- "

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Doa dapatkan zuriat

Doa Nabi Ibrahim A.Salam
"Ya Allah! Engkau mengetahui apa yang saya sembunyikan dan apa yang saya lahirkan, terimalah uzur saya; sesungguhnya Engkau mengetahui hajat ku, berikanlan permintaanku dan Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, maka ampunilah dosa ku."

Doa Nabi Zakaria a.s.

Surah Al-Anbiya:21:89

رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْدًا وَأَنتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ
- الأنبياء/89


"Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkaulah jua sebaik-baik Yang mewarisi."
(Al-Anbia’:89)


Surah AI Imran 3:38

رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاء
- آل عمران/38


"Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaKu dari sisiMu zuriat keturunan Yang baik; Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan."
(Al Imran:38)

---Sharing Is Caring---

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Apa yg berlaku sebenarnya???

>>>>"Habibah...Pn Habibah...ok dh siap..alhmdulillah semua slmt..." pndngan mataku msih kabur..namun smpt jugak aq tgok jam di dinding dewan bedah pkul4.45.."Pn kn bnyak rehat...bnyk jugak darah td..ni isi kandungan dlm rahim puan..kmi terpaksa ambil utk kajian.." pandnganku msih kabur dn pening2...aq trus di tolak ke wad..abg dh sedia menggu ku di wad..ksian tgok abg..

erm sebenarnya apa yg berlaku?? apa dktor wat?...xmmpu aq nk jwb soalan suamiku pd wktu tu...
dlm kes aku ni..dktor gunakan kaedah ERPOC...kaedah bru utk cuci rahim selain D&C.

ERPOC tu apa yer?
>>kaedah mengeluarkan produk kandungan yang tertinggal dalam uterus akibat keguguran. Kalau dahulu doktor menggunakan alat yang dipanggil kuret dengan cara mencungkil bahagian dalam rahim.

Ramai kwn2 tnya.."skit x Bib?..cmne dorg lakukan? bedah kt perut ker? erm cmni...

>>ERPOC merupakan "minor operation" yang selamat dan mengambil masa lebih kurang 20 minit.tp tgok keadaan pskit gak.. pas operation tu, pskit kena menjalani rawatan harian di hospital sama seperti D & C. Mulanya pesakit akan dibius dan kemudian serviks akan dibuka menggunakan dilator. ERPOC biasanya menggunakan dua jenis vakum sama ada vakum elektrik (EVA) atau pam manual (MVA). Kanula (bahagian depan tiub) yang disteril akan dimasukkan ke dalam uterus bersambung dengan tiub dari pam dan ia menghasilkan vakum yang halus lalu menyedut seluruh kandungan dalam rahim.

>>mula2 aq pelik gak..coz dr ckp ble msuk ubat...skit mcm nk bersalin...then akn rs skit ble pntu rhim terbuka skit2..tp alhmdulillah..slama 6jam msuk ubat..aq shat dn xda rs skit..tu yg aq terkejut ble nurse sruh stndby..tp aq blum skit lg..tp ikut jela..lpas kuar bilik bedah..alhmdulillah..lega..tp aq plik gak...coz org kata lpas tu sakit...erm berbeza ngn aq ni...sume berjalan lancar seolah2 xda apa2 berlaku...mgkin berkat doa suami, mak ayh,ibu abah dn keluarga di kmpg sgalanya mudah...syukur sgt2...segalanya dh selesai...skg tgh berpantang la...kata dktor kn 3blan ksong...to makesure luka btul2 smbuh dn rahim dh bersedia utk mengandung lg...so kwn2 sume doakan yer...


---Sharing Is Caring---

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

FINALLY....

Mgu ni sdikit tertekan..cz bnyak bnda yg nk kn sttlekan dlm tmpoh yg singkat...

Dktr sruh rehat di rumah, cz msih bleeding lg...ok aq rhat je..tp smpat lg aq join Kursus Jenazah kt Sek..
- 2 Mac appointment ngn Dktor pakar kt Hspital Labuan
- 4 Mac interview SPP

Rabu, 2 Mac 2011
7.50 pg kmi ke Hspital utk jmpe dr pakar tntg kndungan aq ni...mcm biasa, wat urine test dulu di makmal..alhmdulillah sume ok..msih positive lg (xgugur)...smentara tgu dr pakar..kmi g brekfast dlu..mkn ns lemak, teh tarik...

9.45 namaku di panggil masuk...penuh debaran...scan lg..kli ni ngn Dr Diana plak...2 kali scan.. tp jwapan dr. Diana sama sprti dr Ainoon & dr Faizal..."so puan, kte dh bg u 2 weeks, tp kndungan u ttap sdam..janin xnmpak..jntg pun xda...so xda cara lain...u terpaksa gugurkan kandungan ni..." said dr.Diana...aq dh ready dn dpt agak mmg ni keputusannya....tp aku mntak Dr. Diana delay dlu pengguguran ni..Coz 4 Mac aq ada interview SPP..."pas interview i msuk wad..bleh x dr?".. sbenarnya tjuan aq nk delay tu bkan sje nk g interview, tp aq tkut nk kn "cuci" atau D&C (Dilatation and Curettage - kaedah mencuci rahim selepas keguguran dgn cara mengorek dinding rahim).. sume kwn2 kata skit dn mngerikan...wlpun aq agak ganas tp masuk hspital mmg pnakut...di smping tu jugak...aq berharap agar kandungan ni gugur sndri scara norma..bkan paksaan yg menyakitkan tu...2 3 hri sblum appointment ngn pakar...aq mkn nenas, minum air tin..supaya aq xkn msuk hspital...

erm...tp Tuhan Maha Berkuasa...kita merancang..tp Dia yg menentukan....
"u nk g interview hri Jumaat kan...so kite wat operation hari ni la..so Jumaat nnt u bleh pegi i.vew...so skrg i msukkan ubat dulu..after 6jam..kita akan wat operation..tp u kn puasa la...pkul 4ptg ni opration ye...u don't worry..kte akn bius u smua..so xkan sedar n xrs pape..."..aq terpaksa akur dgn kte dr...

then dr klinik pakar trus aq di hntar ke wad menaiki kerusi roda dn di temani suami...smp di wad bersalin "ok dik..tukar baju ni dulu" (bju hspital wrna hjau)kata jururawat yg bertugas di kaunter wad...haha..aq tersenyum...akhirnya aku terpaksa jua.. sepandai2 tupai melompat akhirnya ke tanah jua..tu la nasib aku yg penakut sgt ngn spital ni...

nilah pglaman yg xbleh di lupakan...
jam 245 ptg..."Pn tukar baju dulu..stndby ke bilik bedah"..eh awal lg..sblum di tolak ke dwan bedah tu..kn cucuk dlu...kli pertama xberjaya masukkan jrum..katenya urat terlampau kecik...skitnya Tuhan je yg tau...last2 xbleh msuk gak...smpai hri 10 Mac lebam ditgan blum hilang..myb nurse tu xda kepakran...

3.45 ptg..aq di tolak msuk ke operation room...lpas satu satu daun pntu aq lpasi..kehadiranku di sambut oleh beberapa org yg berpakaian biru (ahli dewan bedah)...debaran hatiku hnya Tuhan yg tahu...lastly katil yg aq naiki berhenti di sebuah bilik berlampu besar2 dn pelbagai alatan pmbedahan..seluruh badanku menggigil..shingga aq terpaksa dipakaikan dgn baju pemanas...

"ok dik..tarik nafas ye..mengucap dulu..tarik nafas panjang..mengucap ye..."

---Sharing Is Caring---

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Terus menghitung hari...menanti yang Blum pasti

saat trus berdetik, minit terus berlalu, siang dan mlm silih berganti...hari-hari ku lalui tabah..kerana segalanya tidak pasti...

tidur mlmku tak lena..memikirkan tgjwbku sbg Hamba Allah, sbg isteri, anak, menantu, guru kpd pelajar2 di Sek Men Teknik Labuan dll...wlpun bdanku msih trasa lemah utk mlgkah..nmun ku gagahi jua..demi tugas dan tanggungjawab sbg pendidik.

rutin harian ke sekolah...
6.30 am: tiba di sekolah, then membuat persediaan untuk mngajar.
7.30 am: breakfast kt kantin ngn Laila, jue n the geng
8.50 am: wktu p&p
2.30 pm: pulang dri sekolah

smggu telah berlalu...

khamis, 24 Feb 2011

Dh siap nk sek...jam 6.05pgi wktu di labuan,tbe2 skt perut..
ya Allah... darah...
then bgtau abg dlm nada slmber jer..agar abg tak terlalu risau.. "xpe abg..kite g sek dlu..klu ada pape nnti syg kol abg..n klu still bleeding, then bru g hspital.." sbenarnya mmg xsmp hti nk gtau pd abg, cz abg sgt memg dh lame nk bby...tp blum ada rzki
sdih ble teringat abg excited sgt mencari nama bby, meneka jantina bby,bacakan doa dn mcm2 lg..

ble kwn2 dpt tau, depa sruh pi hspital sgera...lpas brekfast..pam hantar aq ke hspital...kt emergency...

berdebar2 htiku msa bring di katil hspital...mcm mggu lpas gak prosedure hspital ni..aq kn hntar ke wad bersalin skli lg utk scan...

kli ni ngan Dr Faizal plak...."ni bukan darah keguguran" so maknanya kandunganku msih selamat...

tp ada lg...."kandungan u ni xda perubahan...I xnmpak janin n jntung...so i give u 2 options bla..bla.." said Dr Faizal.

SO ble dengar Dr ckp bkan drah ggur, rs hepi skit..cz kmi anggap myb our bby terselindung atau msih kcik lg..that y xnmpk wktu scan td...actually nk pjuk hti juga...agar tak terlalu kcewa...then kmi pun pulang ke rumah coz aku mmlih utk brhat di rmh bkn di wad hspital...

---Sharing Is Caring---

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kandungan Anggur

stelah apa yg berlaku..sy bnyak mmbaca dan wat research tntg apa yg berlaku..mgkin xramai yg mengetahui tntg ini krana tdak pernah mengalaminya sndri...bacala moga dapat menambah ilmu...

Bahaya kandungan anggur
Oleh Dr. Suraya Arshad A.M.ZPakar Perunding Obatetrik & Ginekologi

MUNGKIN tidak ramai wanita yang tahu apa itu kandungan anggur atau molar pregnancy. Bagi yang tidak tahu mungkin mereka akan mengatakan ia tidak wujud. Ia dipanggil kandungan anggur kerana kandungan tersebut kelihatan seperti gugusan buah anggur.Insiden sebenar kandungan anggur tidak di ketahui.

pandangan para penyelidik tentang kandungan anggur.
Jenis kandungan anggur:
1)Complete hydatiform mole
Jenis ini terjadi akibat persenyawaan berlaku antara benih lelaki (sperm) dengan benih wanita (ovum) yang kosong iaitu ovum yang tiada nucleus. Akibatnya cuma kromosom sperma yang akan berganda. Corak kromosomnya ialah 46XX iaitu kesemuanya berasal dari benih lelaki. Ini adalah jenis kandungan molar yang selalu terjadi.

2)Partial mole
Jenis ini jarang berlaku. Tisu embrio atau tisu janin akan kelihatan pada jenis ini. Ia juga berasal dari benih lelaki sahaja. Janin yang terbentuk biasanya akan mati apabila mencecah usia 10 minggu. Jarang janin ini menjangkau sehingga usia matang. Sekalipun ia hidup, biasanya bayi itu akan mempunyai pelbagai kecacatan (multiple anomalies.

Tanda-tanda kandungan anggur
Biasanya doktor akan mengesyaki wanita itu mengandung kandungan molar jika wanita tersebut mempunyai gejala atau komplikasi seperti:-
-Saiz rahim lebih besar dari usia kandungan-
-Alahan yang teruk (Hyperemesis Gravidarum)
- Pendarahan faraj.
Ia merupakan gejala yang sering terjadi sehingga 90 peratus.Biasanya pendarahan yang bermula akan terus berdarah. Ini ialah tanda yang menunjukkan kandungan anggur tersebut akan mula gugur. Dalam keadaan ini, jika tiada tindakan cepat wanita itu akan kehilangan banyak darah dan mungkin akan membawa maut.

---Sharing Is Caring---

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

sambungan...

DugaanMu Tuhan

16 Feb 2011
Mcam biasa setiap hri Rabu pas blik sek 2.30, aq stay kt hstel dlu..lpak umah warden cz abg ada kokum di sek.. 430 ptg abg jmput kt asrama "nursery"..then trus ajak abg g klinik cz skit kpla dh 2mggu lbih xpenah hlg...smp di Klinik Suria kmi berjmpa Dr Lily, smbg2 ngn dr tntg kshatn..then mntak dr scan perut cz abg nk sgt tgok bby yg dh berusia 11mggu 3 hri.. tgok abg mmg excited nk tgk bby... tbe2...muka dr. lily berubah dn sdkit terkejut.."eh..kandungan u lain la..i xpenah jmpa kes mcm ni... i nk refer u ke Hspital la.." haaaaaa??? knpa Dr? "janin u xnmpak la..yg ada cme kntung/ air ketuban jer...but u mengandung" then dr lily menceritakan tntng 3 jnis kndungan...
1)normal pregnancy
2)molar pregnancy atau "kandungan anggur"
3)kandungan luar rahim....

Dr lily kate ni mybe molar "anggur"...but partial molar.."erm sorry...if molar, u kn gugurkan kndungan ni...." bla..bla.. then Dr serahkan skeping surat untukku di admit kt Hspital Labuan.

17 Feb 2011
hrini me n hsband xpi sek cz kn g Hspital Labuan...kmi tercari2 alamt yg tertera pd surat tu..tp xjmpe..lastly tnya salah sorg staff hspital.."ooohh ini emergency dik..msuk pntu sbelah sana ye"... kmi ber2 terkejut..."eh emergency ker abg?..xtau plak emergency..."then dftar dulu di kaunter...
2 minit kmudian...
"Pn Nor Habibah...sila msuk dn bring di ktil sana" ...aq msih lg blur.. nurse mula buat ujian takanan darah,jantung, urine test, blood test..mcm2 soalan di tnya....
then...
"Pn duduk atas krusi ni...kita hntar ke wad 4, utk ujian slanjutnya..."
erm ni la first time aq naik krsi roda..seram rsnya..tp terpksa..wktu ni mcm2 dlm kkpla otak ni.. smp di wad 4, "Wad Bersalin dan sakit Puan"...

apa terjadi yer???????????

kna scan lg, kli ni ngn Dr Ainoon plak...
Dr Ainoon: "erm i don't think is Molar" aku sdkit lega coz menyangka kandunganku slmat.."but... no fetal echo...if 11 weeks sptutnya dh bleh nmpk janin n jntung..tp xnmpk apa2 pun..kantung u ksong..janin xwujud...oh...myb jnin kcik lg kot..msih xnmpk..." dlm hatiku mgkin juga btul kte dktor..kot2 aq slah kira tarikh...

but..DR Ainoon still not satisfied...she scan again...tp msih juga xnmpak..she said "don't ask me why and how its hppend, bcoz i don't hve the answer, hnya Tuhan yg tahu"... then finally she give me two options:
1st: trus masuk wad hrini..then tomorrow morning wat D&C OR
2nd: tggu 2 mggu lg...appointment ngn dktor pakar O&G (2Mac2011), if msih sama (xnmpak janin)so mmg kn gugurkan kandungan ni..

but...if within 2 weeks ada bleeding, trus je dtg ke hspital..bhgian emergency..then bwk skli smple darah yg kluar tu...

and finally aq plih untuk menunggu lg 2mggu cz mmandangkan aq x bleeding or skit perut yg truk...just wait, doa n see what happend...

---Sharing Is Caring---

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

pengalaman suka dan duka yg xdapat di lupakan....

KEHAMILAN merupakan satu keistimewaan dan kelebihan yang yang dianugerahkan oleh Tuhan untuk wanita. Bahkan bagi wanita itu sendiri, kehamilan yang dinantikan merupakan saat yang paling membahagiakan. Biarpun kehamilan ini merupakan idaman setiap wanita, namun wanita harus bersedia menghadapi pelbagai kemungkinan semasa hamil..ini adalah pngalamanku slama beberapa bulan...

Alhamdulillah..
hepi n syukur sgt cz stelah 2 thun lbih menanti khadiran org bru..kmi pi Klinik Suria untuk sahkan mengandung..."tahniah..dah 5 mggu 3 hri..erm kita scan dlu la yer...ok..kandungan awak normal..bukan luar rahim"... tersenyum lega kami...abg mmg hepi sgt mklumla cucu sulong then trus call ibu, abah dan mak di kmpg...tp ibu pesan jgn excited sgt, jg kndungan tu..jgn wat kerja berat..cz kndngan tu bru lg..mcm2 petua, nsihat dri org tua..aq trima ngn hati terbuka..


---Sharing Is Caring---

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Minggu Ujian Pencapaian 1, 2011

Punyalah mengantuk semasa menjaga exam ini, masalah ini tidak dapat lari daripada kebanyakan guru, ada yang cuba membawa air minuman ke dalam kelas, ada pula yang membawa gula-gula, tidak lupa juga guru-guru yang membawa asam (tak mengandung pun bawa)dan kebanyakan guru membawa laptop masing-masing, termasuklah orang yang menulis entri ini. Masa menjaga exam, ada yang layan internet, ada jua yang membuat tugasan-tugasan yang diberi. Hm, aku yang masih baru tidak sampai seminggu tidak tahu lak nak buat apa-apa..

Adeh, mata terasa berat..hm tiba2 timbullah idea gile ni..tangkap gambar pelajar tengah menjawab exam dan upload di blog ni..Sedikit sebanyak hilang gak perasaan mengantuk ini..Hehe..

---Sharing Is Caring---

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Nikmat dan Musibah

Entri ditulis by mosyahir
Assalamualaikum..pada kengkawan dan family2 sume

Apa ek nak citer entri kali ini, hm seperti tajuk entri kali ini lebih kurang lak sama dengan tajuk akhlak dalam silibus pendidikan islam tingkatan 2. Tanggal 1 Mac 2011, aku mendapat surat daripada kerani sekolah bahawa aku dipindahkan ke sekolah yang baru. Perpindahan ini adalah arahan jabatan kerana pertukaran guru antara 2 sekolah. Baru jer 2 bulan aku di sekolah yang dahulu, tak sempat pun berkenalan dengan sume orang..tapi anyway aku nak ucapkan terima kasih lah pada kengkawan bedaun kerana korang memang sempoi sume..Kepada Panitia PAI, sekalung ucapan syukran jazilan...seronok bekerja dengan ustaz-ustaz sana..

Hm, pada 2 Mac 2011 aku minta pelepasan daripada pihak sekolah untuk membawa isteri ke hospital. Setelah delay banyak kali, untuk hari ini doktor menahan isteriku di wad. Setelah dimasukkan ubat, jam 4 petang nanti akan masuk ke dewan bedah untuk menjalani proses D&C. Dari riak wajah isteriku aku lihat sedikit pucat,maklumlah kali pertama dia terlantar di wad dan kali pertama membuat pembedahan. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar...

Sekarang proses isteriku berpantang, macam-macam petua yang diambil dari orang-orang tua. Yang menghairankan aku rupanya terdapat versi berlainan dari setiap negeri. Berbeza pula cara berpantang orang utara dengan orang pantai timur. Tapi di Labuan ini, susah betul nak cari stok ikan bagi orang berpantang... Mungkin sebab nama ikan yang agak berlainan membuatkan kami tidak berani membeli ikan..ayam dengan sayur jer lah isteri aku makan. Sekarang ini, aku masih mencari reseipi-resipi orang berpantang. Tapi susah betul nak dapat... Orang berpantang ini hanya makan sup dan ikan bakar saja ke?

Hm, insyallah kalau diizinkan Allah aku akan berpindah rumah..jumpa lagi di entri yang lain..
---Sharing Is Caring---

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hm..Dugaan HIdup

Bismillahirahamanirahim...aku mulakan entri kali ini dengan kalimah Agung

Hari ini hari minggu, hampir seminggu blog ini tidak di"update"kan. Kebetulan hari ini selepas pulang dari bandar beli sayur-sayur dan nasi berlauk seta nasi kerabu (gerai kak som), terus bersarapan sambil tengok tv filem 'Sumolah'.

Kain sudah siap dimesin, sekarang tengah direndam dengan dowry, jadi amik kesempatan ini untuk menulis entri ini. Mari kita patah balik ke hari Isnin lepas..


Pada Isnin lepas, sekolah suami aku tidak ada P&P, sekolah nya mengadakan sambutan maulidurasul peringkat sekolah diadakan. Satu sesi berselawat ramai-ramai serta ceramah diadakan untuk santapan rohani bagi seluruh warga Islam di sana.
p/s = gambar-gambar di lain boleh tengok di sini <---- Pada hari Selasa pula , seluruh Labuan cuti umum sempena menyambut hari maulidur rasul peringkat negeri. SMTL telah mengambil bahagian untuk menyertai perarakan beramai-ramai di dataran labuan. Alhamdulillah berkat semangat tolong-menolong antara cikgu dan murid, akhirnya mendapat tempat ketiga.



untuk gambar lain klick sini

Pada hari rabu, semasa sesi kokurikulum pada waktu petang, tiba-tiba aku sakit perut, terus pergi ke klinik suria. Kandungan aku seperti bermasalah, terus doktor lily membuat surat kecemasan terus rujuk kepada Hospital Labuan. Keesokkannya tepat jam 10pagi aku dimasukkan ke unit kecemasan, setelah darah dan air kencing diambil, aku dibawa ke tempat scan. Hasilnya kandungan aku menjadi 7 minggu sedangkan sepatutnya 11 minggu. Satu temu janji telah dibuat dengan doktor pakar pada 2 minggu lagi. Sekiranya ada rezeki, moga Allah memperjelaskan dan sekiranya tiada moga Allah permudahkan segala urusan kami. Kepada kawan-kawan tolong doakan...

"Ya Allah, sesungguhnya ujian ini datang dari Mu, di dalam hati ini pelbagai perasaan bercampur, sedih pun ada, pilu pun ada. Tapi kami yakin atas kekuasaan Mu Ya Allah, segala yang berlaku ada hikmah dari Mu. Tabahkan hati kami, dan kami redha dengan ketentuan Mu. Amin Ya Allah."

- saat ini perlukan sokongan yang kuat

---Sharing Is Caring---

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Malam Penghayatan Islam dan Pasar Malam

Selepas solat Maghrib tadi tergerak hati hendak ke matrikulasi labuan. Malam ini terdapat konsert dan pasar malam sempena Malam Penghayatan Islam (MPI). Keinginan hendak ke sana bukanlah untuk mendengar konsert oleh Hafiz Hamidun dan Now See Heart tapi sebenarnya rindu dengan suasana pasar malam yang sering ada di Semenanjung. Lebih kurang jam 7.30mlm sebaik tiba di sana suasana agak hambar, pasar malam cuma beberapa orang peniaga sahaja yang ada. Pengunjung pun tidak seberapa mahu pun dari pelajar matrikulasi sendiri atau pun pengunjung dari luar.

Konsert tidak bermula lagi, kerusi pun masih banyak yang kosong. Hanya kelihatan ahli jawatankuasa program iaitu berbaju melayu warna hijau dan yang perempuan bertudung putih. Teringat kembali zaman belajar di universiti dahulu-dahulu. Apa-apa pun program-program seperti ini perlu di sampaikan kepada yang lain...Tahniah.. untuk pertama kali..

P/S: Sempat juga beli air kelapa muda dengan pisang goreng panas, makan bersama-sama suami di dalam kereta. Air kelapa sedap sampai tapau lagi sebungkus sebelum balik. Masa perjalanan pulang barulah kelihatan banyak kereta berpusu-pusu datang. Balik awal sebab suami hendak tengok cerita Merlin di TV3.. ish..ish.. T_T


---Sharing Is Caring---

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Anjung Ketam di Waktu Pagi

Hm, seronokkan tengok pemandangan ini, sebetulnya ini bukan lukisan tapi ini hasil pertama suami aku shoot pagi-pagi di hadapan rumah kami. Entah masa bila dia keluar rumah pun tak tau. Apa yang menarik ciptaan Allah ini hampir setiap hari pemandangannya berlainan (Subhanallah). Sambil tengok laut ini, sambil melepas rindu kepada ahli keluarga di Semenanjung. Apa khabar korang di sana? Kami doakan semoga korang bahagia. Jangan lupa kirim-kirimkan berita pada kami walaupun ia nya berita sedih.. Sesama ahli keluarga tidak perlu ada rahsia.. T_T rasa sebak tetiba mendatang..tadi telefon Kak Long, dapat dengar sore acha..Setiap kali pulang ke Semenanjung, anak-anak buah sudah besar..

---Sharing Is Caring---

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hari Yang Sibuk

Assalamualaikum.. Hari ini sambil nak upload gambar yang suamiku shoot tapi "berukband" ni slow sangat,hm..juga kongsi serba sikit tentang apa yang berlaku pagi ini. Selepas pulang dari membeli ikan di jeti nelayan, pulang sahaja di rumah layan soto dan nasi minyak yang beli di pekan

Kemudian sambil lipat2 baju dengan tengok melodi, lebih kurang jam 1 petang tiba-tiba hadapan rumah aku penuh dengan kereta-kereta besar. Pada mulanya kami anggap ada rombongan meminang kut. Tapi lama-kelamaan kereta makin penuh, siap dengan kereta polis. Baru kami tahu rupanya ada menteri yang datang melawat kawasan. Siap ada juga wartawan dengan ramai yang memakai t-shirt 1 Malaysia.

Terima kasih jua diucapkan pada jiran sebelah kak ami, kerana pemurahnya dia berikan aku udang geragau banyak lak tu (siap dengan daun kucai)..udang manis dan fresh buat cucur udang sedap gak.

Malam ini ada pasar malam dan konsert nasyid (now see heart & hafiz hamidun), kalau ada member best gak.. Sampai sini dulu lah..see next time


---Sharing Is Caring---

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Salam Perkenalan

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

Pertama sekali kami nak ucapkan ribuan terima kasih kepada pengunjung-pengunjung blog ini tidak kiralah sanak saudara dan kawan-kawan atau sesiapa sahaja yang sudi singgah menjenguk kami disini. Sebenarnya minat membuat blog ini sudah lama, sejak di bangku zaman belajar dan sejak zaman bujang lagi. Dan sebelum ini kami masing-masing mempunyai blog tersendiri. Mungkin disebabkan kesibukan waktu mengalas tugas sebagai pendidik membuatkan blog kami yang terdahulu tidak dikemaskini. Kini kami mengambil inisiatif bersama untuk mengadakan satu blog yang mana mempunyai 2 penulis blogger. Harapan kami moga blog "HaSyah" ini dapat mengeratkan lagi kasih sayang antara kita semua.

---Sharing Is Caring---

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Senarai Blog Diikuti