stelah apa yg berlaku..sy bnyak mmbaca dan wat research tntg apa yg berlaku..mgkin xramai yg mengetahui tntg ini krana tdak pernah mengalaminya sndri...bacala moga dapat menambah ilmu...
Bahaya kandungan anggur
Oleh Dr. Suraya Arshad A.M.ZPakar Perunding Obatetrik & Ginekologi
MUNGKIN tidak ramai wanita yang tahu apa itu kandungan anggur atau molar pregnancy. Bagi yang tidak tahu mungkin mereka akan mengatakan ia tidak wujud. Ia dipanggil kandungan anggur kerana kandungan tersebut kelihatan seperti gugusan buah anggur.Insiden sebenar kandungan anggur tidak di ketahui.
pandangan para penyelidik tentang kandungan anggur.
Jenis kandungan anggur:
1)Complete hydatiform mole
Jenis ini terjadi akibat persenyawaan berlaku antara benih lelaki (sperm) dengan benih wanita (ovum) yang kosong iaitu ovum yang tiada nucleus. Akibatnya cuma kromosom sperma yang akan berganda. Corak kromosomnya ialah 46XX iaitu kesemuanya berasal dari benih lelaki. Ini adalah jenis kandungan molar yang selalu terjadi.
2)Partial mole
Jenis ini jarang berlaku. Tisu embrio atau tisu janin akan kelihatan pada jenis ini. Ia juga berasal dari benih lelaki sahaja. Janin yang terbentuk biasanya akan mati apabila mencecah usia 10 minggu. Jarang janin ini menjangkau sehingga usia matang. Sekalipun ia hidup, biasanya bayi itu akan mempunyai pelbagai kecacatan (multiple anomalies.
Tanda-tanda kandungan anggur
Biasanya doktor akan mengesyaki wanita itu mengandung kandungan molar jika wanita tersebut mempunyai gejala atau komplikasi seperti:-
-Saiz rahim lebih besar dari usia kandungan-
-Alahan yang teruk (Hyperemesis Gravidarum)
- Pendarahan faraj.
Ia merupakan gejala yang sering terjadi sehingga 90 peratus.Biasanya pendarahan yang bermula akan terus berdarah. Ini ialah tanda yang menunjukkan kandungan anggur tersebut akan mula gugur. Dalam keadaan ini, jika tiada tindakan cepat wanita itu akan kehilangan banyak darah dan mungkin akan membawa maut.
---Sharing Is Caring---
Aman Scope Ventures Kontraktor (Tukang) Penipu 011-36192030
-
Hati-hati semua dengan kontraktor Aman Scope Ventures (Aman SV) nombor
pendaftaran SSM IP0322957-H di bawah nama pemilik Mohd Ikhwan Zamani bin
Abdul Kadir...
7 tahun yang lalu
0 comments:
Catat Ulasan