RSS

Hari Yang Sibuk

Assalamualaikum.. Hari ini sambil nak upload gambar yang suamiku shoot tapi "berukband" ni slow sangat,hm..juga kongsi serba sikit tentang apa yang berlaku pagi ini. Selepas pulang dari membeli ikan di jeti nelayan, pulang sahaja di rumah layan soto dan nasi minyak yang beli di pekan

Kemudian sambil lipat2 baju dengan tengok melodi, lebih kurang jam 1 petang tiba-tiba hadapan rumah aku penuh dengan kereta-kereta besar. Pada mulanya kami anggap ada rombongan meminang kut. Tapi lama-kelamaan kereta makin penuh, siap dengan kereta polis. Baru kami tahu rupanya ada menteri yang datang melawat kawasan. Siap ada juga wartawan dengan ramai yang memakai t-shirt 1 Malaysia.

Terima kasih jua diucapkan pada jiran sebelah kak ami, kerana pemurahnya dia berikan aku udang geragau banyak lak tu (siap dengan daun kucai)..udang manis dan fresh buat cucur udang sedap gak.

Malam ini ada pasar malam dan konsert nasyid (now see heart & hafiz hamidun), kalau ada member best gak.. Sampai sini dulu lah..see next time


---Sharing Is Caring---

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Catat Ulasan

Senarai Blog Diikuti