RSS

Perkahwinan PJJ

Entri ditulis oleh mosyahir


Assalamualaikum dan salam mahabah dari kami

Terlebih dahulu kami nak ucapkan selamat pengantin baru kepada kengkawan dan saudara mara yang telah melangsungkan pernikahan baru-baru ini. Maklumlah cuti sekolah merupakan hari yang sibuk dengan jemputan kenduri perkahwinan. Tidak lupa juga yang telah mengikatkan tali pertunangan dengan pasangan masing-masing. Sekalung tahniah kami ucapkan dan ribuan keampunan kerana tidak dapat hadir ke majlis kalian kerana kekangan yang tidak dapat dielakkan.. Afuan..

Sebenarnya terlintas di hati ini untuk mengajak kengkawan sume untuk berbincang mengenai tajuk entri kali ini. Memang tidak dapat lari la perkahwinan PJJ ini bagi kalangan kakitangan kerajaan amnya dan sektor pendidikan khususnya.. Maksud kata, sudah berkahwin tapi masih tidak dapat tinggal sebumbung bersama. Suami tinggal di utara, isteri tinggal di selatan atau lebih tragik lagi suami di semenanjung manakala isteri di sabah@sarawak.

Kadang-kadang bila fikir balik salah siapa ek...nak salah pasangan tersebut atau salahkan sistem yang sedia ada. Memang ada proses pertukaran yang dibuat, kekadang secara manual dan kekadang secara online. Tapi hakikatnya berapa peratus kejayaan @ kelulusan untuk berpindah itu berjaya??? Bila dipanjangkan hal ini ke putrajaya, alasan yang sama ja "tiada kekosongan tempat"..

Tapi....Tapi... ni yang best nak citer, kalau keluarga tersebut ada kenalan dengan orang-orang kenamaan..hm, senang jer luluskan...eh macam ner ek terjadi, tadi cakap tiada kekosongan..itulah sekarang zaman kabel mengabel ini... so kengkawan apa komen korang?

---Sharing Is Caring, Caring is Loving---

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

Wiyah berkata...

hurm..ai la tu sorang selatan sorang timur,,sat lg sorang pahang sorang serawak...huhu,,ai salahkan sistem! hakhak

hasyah berkata...

ala ikan di laut, asam di darat, dalam bilik bertemu jua..haha...eh dh kmpom ker ayie dpt srwak?

Catat Ulasan

Senarai Blog Diikuti