Entri ditulis by mosyahir
Assalamualaikum..pada kengkawan dan family2 sume
Apa ek nak citer entri kali ini, hm seperti tajuk entri kali ini lebih kurang lak sama dengan tajuk akhlak dalam silibus pendidikan islam tingkatan 2. Tanggal 1 Mac 2011, aku mendapat surat daripada kerani sekolah bahawa aku dipindahkan ke sekolah yang baru. Perpindahan ini adalah arahan jabatan kerana pertukaran guru antara 2 sekolah. Baru jer 2 bulan aku di sekolah yang dahulu, tak sempat pun berkenalan dengan sume orang..tapi anyway aku nak ucapkan terima kasih lah pada kengkawan bedaun kerana korang memang sempoi sume..Kepada Panitia PAI, sekalung ucapan syukran jazilan...seronok bekerja dengan ustaz-ustaz sana..
Hm, pada 2 Mac 2011 aku minta pelepasan daripada pihak sekolah untuk membawa isteri ke hospital. Setelah delay banyak kali, untuk hari ini doktor menahan isteriku di wad. Setelah dimasukkan ubat, jam 4 petang nanti akan masuk ke dewan bedah untuk menjalani proses D&C. Dari riak wajah isteriku aku lihat sedikit pucat,maklumlah kali pertama dia terlantar di wad dan kali pertama membuat pembedahan. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar...
Sekarang proses isteriku berpantang, macam-macam petua yang diambil dari orang-orang tua. Yang menghairankan aku rupanya terdapat versi berlainan dari setiap negeri. Berbeza pula cara berpantang orang utara dengan orang pantai timur. Tapi di Labuan ini, susah betul nak cari stok ikan bagi orang berpantang... Mungkin sebab nama ikan yang agak berlainan membuatkan kami tidak berani membeli ikan..ayam dengan sayur jer lah isteri aku makan. Sekarang ini, aku masih mencari reseipi-resipi orang berpantang. Tapi susah betul nak dapat... Orang berpantang ini hanya makan sup dan ikan bakar saja ke?
Hm, insyallah kalau diizinkan Allah aku akan berpindah rumah..jumpa lagi di entri yang lain..
---Sharing Is Caring---
Aman Scope Ventures Kontraktor (Tukang) Penipu 011-36192030
-
Hati-hati semua dengan kontraktor Aman Scope Ventures (Aman SV) nombor
pendaftaran SSM IP0322957-H di bawah nama pemilik Mohd Ikhwan Zamani bin
Abdul Kadir...
7 tahun yang lalu
2 comments:
wat stim..kukus ayam or ikan tu,,,tabur halia bwg putih lada itam cket..garam npastu campur ngan sayur2 skali kalo nk
dah wat menu tu..ada menu yang lain tak?
Catat Ulasan