RSS

Hm..Dugaan HIdup

Bismillahirahamanirahim...aku mulakan entri kali ini dengan kalimah Agung

Hari ini hari minggu, hampir seminggu blog ini tidak di"update"kan. Kebetulan hari ini selepas pulang dari bandar beli sayur-sayur dan nasi berlauk seta nasi kerabu (gerai kak som), terus bersarapan sambil tengok tv filem 'Sumolah'.

Kain sudah siap dimesin, sekarang tengah direndam dengan dowry, jadi amik kesempatan ini untuk menulis entri ini. Mari kita patah balik ke hari Isnin lepas..


Pada Isnin lepas, sekolah suami aku tidak ada P&P, sekolah nya mengadakan sambutan maulidurasul peringkat sekolah diadakan. Satu sesi berselawat ramai-ramai serta ceramah diadakan untuk santapan rohani bagi seluruh warga Islam di sana.
p/s = gambar-gambar di lain boleh tengok di sini <---- Pada hari Selasa pula , seluruh Labuan cuti umum sempena menyambut hari maulidur rasul peringkat negeri. SMTL telah mengambil bahagian untuk menyertai perarakan beramai-ramai di dataran labuan. Alhamdulillah berkat semangat tolong-menolong antara cikgu dan murid, akhirnya mendapat tempat ketiga.



untuk gambar lain klick sini

Pada hari rabu, semasa sesi kokurikulum pada waktu petang, tiba-tiba aku sakit perut, terus pergi ke klinik suria. Kandungan aku seperti bermasalah, terus doktor lily membuat surat kecemasan terus rujuk kepada Hospital Labuan. Keesokkannya tepat jam 10pagi aku dimasukkan ke unit kecemasan, setelah darah dan air kencing diambil, aku dibawa ke tempat scan. Hasilnya kandungan aku menjadi 7 minggu sedangkan sepatutnya 11 minggu. Satu temu janji telah dibuat dengan doktor pakar pada 2 minggu lagi. Sekiranya ada rezeki, moga Allah memperjelaskan dan sekiranya tiada moga Allah permudahkan segala urusan kami. Kepada kawan-kawan tolong doakan...

"Ya Allah, sesungguhnya ujian ini datang dari Mu, di dalam hati ini pelbagai perasaan bercampur, sedih pun ada, pilu pun ada. Tapi kami yakin atas kekuasaan Mu Ya Allah, segala yang berlaku ada hikmah dari Mu. Tabahkan hati kami, dan kami redha dengan ketentuan Mu. Amin Ya Allah."

- saat ini perlukan sokongan yang kuat

---Sharing Is Caring---

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Malam Penghayatan Islam dan Pasar Malam

Selepas solat Maghrib tadi tergerak hati hendak ke matrikulasi labuan. Malam ini terdapat konsert dan pasar malam sempena Malam Penghayatan Islam (MPI). Keinginan hendak ke sana bukanlah untuk mendengar konsert oleh Hafiz Hamidun dan Now See Heart tapi sebenarnya rindu dengan suasana pasar malam yang sering ada di Semenanjung. Lebih kurang jam 7.30mlm sebaik tiba di sana suasana agak hambar, pasar malam cuma beberapa orang peniaga sahaja yang ada. Pengunjung pun tidak seberapa mahu pun dari pelajar matrikulasi sendiri atau pun pengunjung dari luar.

Konsert tidak bermula lagi, kerusi pun masih banyak yang kosong. Hanya kelihatan ahli jawatankuasa program iaitu berbaju melayu warna hijau dan yang perempuan bertudung putih. Teringat kembali zaman belajar di universiti dahulu-dahulu. Apa-apa pun program-program seperti ini perlu di sampaikan kepada yang lain...Tahniah.. untuk pertama kali..

P/S: Sempat juga beli air kelapa muda dengan pisang goreng panas, makan bersama-sama suami di dalam kereta. Air kelapa sedap sampai tapau lagi sebungkus sebelum balik. Masa perjalanan pulang barulah kelihatan banyak kereta berpusu-pusu datang. Balik awal sebab suami hendak tengok cerita Merlin di TV3.. ish..ish.. T_T


---Sharing Is Caring---

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Anjung Ketam di Waktu Pagi

Hm, seronokkan tengok pemandangan ini, sebetulnya ini bukan lukisan tapi ini hasil pertama suami aku shoot pagi-pagi di hadapan rumah kami. Entah masa bila dia keluar rumah pun tak tau. Apa yang menarik ciptaan Allah ini hampir setiap hari pemandangannya berlainan (Subhanallah). Sambil tengok laut ini, sambil melepas rindu kepada ahli keluarga di Semenanjung. Apa khabar korang di sana? Kami doakan semoga korang bahagia. Jangan lupa kirim-kirimkan berita pada kami walaupun ia nya berita sedih.. Sesama ahli keluarga tidak perlu ada rahsia.. T_T rasa sebak tetiba mendatang..tadi telefon Kak Long, dapat dengar sore acha..Setiap kali pulang ke Semenanjung, anak-anak buah sudah besar..

---Sharing Is Caring---

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hari Yang Sibuk

Assalamualaikum.. Hari ini sambil nak upload gambar yang suamiku shoot tapi "berukband" ni slow sangat,hm..juga kongsi serba sikit tentang apa yang berlaku pagi ini. Selepas pulang dari membeli ikan di jeti nelayan, pulang sahaja di rumah layan soto dan nasi minyak yang beli di pekan

Kemudian sambil lipat2 baju dengan tengok melodi, lebih kurang jam 1 petang tiba-tiba hadapan rumah aku penuh dengan kereta-kereta besar. Pada mulanya kami anggap ada rombongan meminang kut. Tapi lama-kelamaan kereta makin penuh, siap dengan kereta polis. Baru kami tahu rupanya ada menteri yang datang melawat kawasan. Siap ada juga wartawan dengan ramai yang memakai t-shirt 1 Malaysia.

Terima kasih jua diucapkan pada jiran sebelah kak ami, kerana pemurahnya dia berikan aku udang geragau banyak lak tu (siap dengan daun kucai)..udang manis dan fresh buat cucur udang sedap gak.

Malam ini ada pasar malam dan konsert nasyid (now see heart & hafiz hamidun), kalau ada member best gak.. Sampai sini dulu lah..see next time


---Sharing Is Caring---

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Senarai Blog Diikuti