RSS

Hm..Dugaan HIdup

Bismillahirahamanirahim...aku mulakan entri kali ini dengan kalimah Agung

Hari ini hari minggu, hampir seminggu blog ini tidak di"update"kan. Kebetulan hari ini selepas pulang dari bandar beli sayur-sayur dan nasi berlauk seta nasi kerabu (gerai kak som), terus bersarapan sambil tengok tv filem 'Sumolah'.

Kain sudah siap dimesin, sekarang tengah direndam dengan dowry, jadi amik kesempatan ini untuk menulis entri ini. Mari kita patah balik ke hari Isnin lepas..


Pada Isnin lepas, sekolah suami aku tidak ada P&P, sekolah nya mengadakan sambutan maulidurasul peringkat sekolah diadakan. Satu sesi berselawat ramai-ramai serta ceramah diadakan untuk santapan rohani bagi seluruh warga Islam di sana.
p/s = gambar-gambar di lain boleh tengok di sini <---- Pada hari Selasa pula , seluruh Labuan cuti umum sempena menyambut hari maulidur rasul peringkat negeri. SMTL telah mengambil bahagian untuk menyertai perarakan beramai-ramai di dataran labuan. Alhamdulillah berkat semangat tolong-menolong antara cikgu dan murid, akhirnya mendapat tempat ketiga.



untuk gambar lain klick sini

Pada hari rabu, semasa sesi kokurikulum pada waktu petang, tiba-tiba aku sakit perut, terus pergi ke klinik suria. Kandungan aku seperti bermasalah, terus doktor lily membuat surat kecemasan terus rujuk kepada Hospital Labuan. Keesokkannya tepat jam 10pagi aku dimasukkan ke unit kecemasan, setelah darah dan air kencing diambil, aku dibawa ke tempat scan. Hasilnya kandungan aku menjadi 7 minggu sedangkan sepatutnya 11 minggu. Satu temu janji telah dibuat dengan doktor pakar pada 2 minggu lagi. Sekiranya ada rezeki, moga Allah memperjelaskan dan sekiranya tiada moga Allah permudahkan segala urusan kami. Kepada kawan-kawan tolong doakan...

"Ya Allah, sesungguhnya ujian ini datang dari Mu, di dalam hati ini pelbagai perasaan bercampur, sedih pun ada, pilu pun ada. Tapi kami yakin atas kekuasaan Mu Ya Allah, segala yang berlaku ada hikmah dari Mu. Tabahkan hati kami, dan kami redha dengan ketentuan Mu. Amin Ya Allah."

- saat ini perlukan sokongan yang kuat

---Sharing Is Caring---

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

3 comments:

Wiyah berkata...

downy la..dowry tu kat nemo (ikan)hakhak..

hasyah berkata...

haha...kantoi sudah.. ni la taip tanpa membuka lampu

Wiyah berkata...

haha..masak per hr,,meh jemput mkn sayur goreng bujang hari ni..hakhak!

Catat Ulasan

Senarai Blog Diikuti