Selepas solat Maghrib tadi tergerak hati hendak ke matrikulasi labuan. Malam ini terdapat konsert dan pasar malam sempena Malam Penghayatan Islam (MPI). Keinginan hendak ke sana bukanlah untuk mendengar konsert oleh Hafiz Hamidun dan Now See Heart tapi sebenarnya rindu dengan suasana pasar malam yang sering ada di Semenanjung. Lebih kurang jam 7.30mlm sebaik tiba di sana suasana agak hambar, pasar malam cuma beberapa orang peniaga sahaja yang ada. Pengunjung pun tidak seberapa mahu pun dari pelajar matrikulasi sendiri atau pun pengunjung dari luar.
Konsert tidak bermula lagi, kerusi pun masih banyak yang kosong. Hanya kelihatan ahli jawatankuasa program iaitu berbaju melayu warna hijau dan yang perempuan bertudung putih. Teringat kembali zaman belajar di universiti dahulu-dahulu. Apa-apa pun program-program seperti ini perlu di sampaikan kepada yang lain...Tahniah.. untuk pertama kali..
P/S: Sempat juga beli air kelapa muda dengan pisang goreng panas, makan bersama-sama suami di dalam kereta. Air kelapa sedap sampai tapau lagi sebungkus sebelum balik. Masa perjalanan pulang barulah kelihatan banyak kereta berpusu-pusu datang. Balik awal sebab suami hendak tengok cerita Merlin di TV3.. ish..ish.. T_T
---Sharing Is Caring---
Aman Scope Ventures Kontraktor (Tukang) Penipu 011-36192030
-
Hati-hati semua dengan kontraktor Aman Scope Ventures (Aman SV) nombor
pendaftaran SSM IP0322957-H di bawah nama pemilik Mohd Ikhwan Zamani bin
Abdul Kadir...
7 tahun yang lalu
0 comments:
Catat Ulasan